Laman Web
MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA PESARA-PESARA KERAJAAN
KATA ALU-ALUAN PRESIDEN PERSATUAN PERSARA KERAJAAN MALAYSIA

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Waramutallahiwabarakatuh,
Dalam era globalisasi yang penuh persaingan, lazimnya masyarakat yang kuat akan memperalatkan masyarakat yang lemah, masyarakat yang pintar akan memanipulasikan masyarakat jahil dan masyarakat yang mempunyai kuasa media yang canggih dan berkuasa tinggi akan dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat yang menjadi sasarannya.
Justeri itu rakyat Malaysia boleh dengan mudah menjadi sasaran kepada berbagai ideologi dan cara pemikiran yang ada kalanya bertentangan dengan agama, cara hidup, dan budaya kita. Pengaruh negatif dari luar atau dalam negeri ini besar kemungkinan wujud daripada orang yang tidak faham atau sejarah, perbezaan agihan ekonomi di antara peribumi dan rakyat migran, komposisi rakyatnya yang berasal daripada keturunan , etnik dan agam yang berbeza, yang jika tidak dibendung boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mengancam perpaduan Negara.
Kebijaksaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengadakan Majlis Jamuan Teh bersama pesara, sempena Hari Keputeraan baginda, sejak beberapa tahun yang lalu, adalah satu perkara yang sangat dialu-alukan kerana ianya adalah satu petanda yang jelas bahawa baginda menganggap pesara dan warga emas sebagai golongan yang patut di bawa bersama dalam arus pembangunan negara kita. Sambik kita boleh berasa bangga dengan kemajuan yang hampir mencapai tahap negara maju, perpaduan di antara rakyat yang berasal daripada pelbagai keturunan etnik, dan yang berpegang kepada kepercayaan agama yang berlainan dan masih rapuh.
Jurang perbezaan di antara golongan tua dan golongan muda pun perlu diberi pandangan yang serius kerana cara hidup dan budaya anak muda, yang dipengaruhi orientalis barat kian meningkat dan perlu dibendung dan diselaraskan dengan pandangan dan budaya pegangan golongan tua. Masyarakat yang ingin berkembang dan tidak ketinggalan perlu menerima hakikat tentang sebab-sebab kemunduran mereka, memahami punca masalah yang melanda mereka dan mengenalpasti kaedah yang terbaik bagi menangani punca tersebut.
Disinilah terletaknya kelehihan golongan pesara yang banyak pengalaman semasa berkhidmat dan berganding bahu dengan rakan sejawat dari pelbagai keturunan. Mereka mempunyai banyak kepakaran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Negara kita pada hari ini.
Marilah kita menganggap ini sebagai satu cabaran dan melengkapkan diri kita untuk memainkan peranan yang lebih berkesan kerana kita masih diperlukan untuk memberi sumbangan dalam pembinaan insan yang seimbang dengan pencapaian Malaysia sebagai Negara maju pada tahun 2020.
